
Assalamualaikum..
Sebenarnya blg gua, gua dah tukar baju. Muehehe. Gua boring sangat sampai tak tahu nak buat apa.. Musim cuti sekolah dah nak bermula. Aku pula akan memulakan semester 4 tak lama lagi. Syok lah adik-adik aku cuti sekolah. Haishh. And tak lama lagi akan ada family day Md Zin. Keluarga-keluarga Md Zin berancang untuk pergi ke Cameron Highlands. Ouh. Yeahh. Bercuti sakan lah kami nanti.
Sekarang musim hujan. Aktiviti harian bila hujan adalah tidur. Haha. This. Syok tidur time hujan. Awesome. Sejuk gila. Tutup lampu. Biar bilik gelap dan tidur. Nikmatnya. Heshhh. Tidur je tau. Muehehe. Time kecil-kecil suka main hujan. Hujan turun je mula lah buat kapal kertas. Seronok weyh. Dulu boleh lah mandi air hujan. Sebab hujan dulu tak macam hujan sekarang. Hujan sekarang ada asid sebab tengok lah dunia sekarang kan? Kilang sana sini. Kereta bukan main banyak.
Fuhh. Time hujan-hujan makan goreng pisang dengan air kopi memang terbaikk. Fuh. Sedap bukan main. Nak order pizza hujan-hujan? Sapa yang nak hantar. Haa. Tapi hujan ni lah budak-budak sekolah jadikan alasan tak nak pergi sekolah. Malas lah. Kasut kotor lah. Sejuk lah. Padahal naik kereta. Mak bapak hantarkan. Pemalehhh.
Hemm. Jumaat ni result UiTM keluar. Dan aku sungguh tak bersedia. Haihh. Takut lah haa. Tah apa yang aku jawab untuk exam hari tu pon aku tak tahu lah. Bukan tak study, tapi soalan nya susah sangat. Tak reti nak buat. Ramai yang cakap susah. Paper ECM - Materials lagi lah aku naik hangin. Sebab sem-sem lepas mana pernah ada paper ECM. Batch kiteorg yang first. Mana lah kiteorg tahu soalan dia macam mana. ECG pon sama. Paper Soil. Tak expect pon soalan dia macam tu. Dalam buku tak ada pon dia ajar. Mana lah kiteorg tahu soalan dia macam tu. CSC lagi lah aku menyampah. Programming. Tak reti lah haihh. Boleh jawab. Tapi tak tahu lah betul ke tak. Redha je lah. :)
Much Love ,
FARHANA


