Dinner Cess


Jeng-jeng-jeng. Haha. Dinner Cess yang bertemakan glowing pastel. Even tak barapa nk pastel and glowing. Part 4 jadi organizer. Dapat berita agak mengejutkan yang dewan kami tempah tu ada orang lain tempah untuk pagi. So persiapan kene start petang. Padahal malam tu dinner nya. Balik kelas terus set up dewan. Fana kene settlekan meja. Then buat nombor. Ikut nama. Penat bak ang. Dengan tak duduknya. Jalan kesana sini. Tercabut kaki den heh. 

Dah siap semua then balik bilik. Bilik kalau dekat tak pe. Ni tak hujung dunia. Kurus Fana dibuatnya. Haha. Mandi solat apa semua. Then pergi make up. Simple-simple je. Blazer. Shawl. Jeans. Tu je yang mampu. Biasalah kan. Bila dah ada camera mula lah posing sana posing sini. Yess. Macam budak-budak. Haha. Minat photography. Tapi still tak mampu nak beli camera mahal-mahal. Pakai yang muraj je lah. 

Jadi flower girl. Haha. Flower girl lah sangat. Shawl dah macam apa dah. Yelah. Time ni event dah habis. So shawl pon mulalah buat hal. Banyak lagi gambar tapi malas nak upload. Line pon macam haremm. Event berjalan lancar. Simple. Maklumlah. Tak sempat masa nak set up dewan. Kelam kabut jadinya. Macam-macam masalah jadi. Tapi lepas selesai perghhh lega. Balik makan terus. Lapar kot. Dari petang sampai malam. Tahan tak makan. Tak sempat. Budak civilkan? Kena lah bagi komitment sikit. HAHA :D

Then sekarang final exam dah habis. Nak enjoy kan diri. Haha. Setelah sekian lama tak balik rumah. Akhirnya. Sekarang ni duduk rumah. Nak keje nanti lah. Masih awal lagi. Nak enjoy. Nak pergi key yell tengok running man. Muahaha. Fuhh. Peminat tegar running man kan. Tak suka jangan sebok. Hermm. Untunglah Mas ada pakwe baru. Untunglah ada orang sayang. Kita ni. Haremm. Tak pelah. Nanti adalah tuan putera masuk meminang tu. Umur pon dah 20. Boleh kawin dah ni. Haha. Gateiii. 

Calon? Hemm. Ada kot. Tapi tak konfem lagi. Muahaha. Siapa? Ada lah. Mana boleh kecek kat sini. Calon bak ang. Haha. Ada rezeki dapatlah makan nasi minyak tu. Sabauuu yer. Okayy. Dah patang Nak keluar jenjalan menghirup udara rembau. Rembau Most Wanted yoo. Hahaaa. Assalamualaikum.

Bye :'(


Assalamualaikum..

*reupload

Haaa. Kejap lagi dah nak balik dak. *sobsob. Tak nak balik. Malas. Penat. Hari-hari kena pergi kelas. Hadap assignment yang melambak. Hadap lab report tiap-tiap hari. Kalau penat, Daus juga lah yang kene urut kaki den. Haha. Asyik kene buli je budak tu. Tu lah. Siapa suruh gedik dengan aku. Kan dah kene. Habisss. Habisss. Alhamdulillah. Lab report banyak yang dah siap. Balik nanti nak tengok apa je lagi yang kene compile.  

Haritu mak bagi RM150. Then sekarang tinggal kosong sen. Haa. Apa lagi. Duit hilang dekat shopping mall. HAHA. Mak cakap guna duit itu untuk bayar duit fakulti. Tapi den ni pergi habiskan dekat keyyel. Hushhh. Kopak duit den. Ahh. PT ada lagi. Guna je lah. Cukup kottt. Kat Jengka tu dah lah makan mahal. Mencekik darah beteii. Setiap kali makan mesti tak puas hati dengan tauke kadai makan itu. Hushhh. Bikin gua panasss je.

*Gambar semalam. Menggedik je lebih

Baju tak pack lagi. Sibuk update blog. Online. Dekat sana mana boleh online. Line wifi dia macam haremmm. Yelah. Duduk blog hujung. Dekat dengan pusat rawatan air a.k.a logi. Tai setakat ni tak berbau lagi lah kan. Tiap-tiap hari jumpa kera. Biasalah. Jengka. Apa yang ada. Mall pon ada. Okay lah tu. Tak da lah habis duit. Belajar pon okey. Untunglah siapa duduk Penang kan? Boleh hang selalu. Ye dokk? :D

Lama lagi kot nak balik Rembau balik. Rasa-rasanya study week tak balik. Ada yang cakap study week 4hari je. Sikit giler kot. Memang kene push habis lah kan. Hmm. Tak tahu lah sem ni dekan lagi ke tak. Macam tak je. HAHA. Yelah. Banyak subject killer kot. Nak-nak lagi report. Dapat ahli group yang okey tak pe. Ni tak. Kena push dulu barulah jalan. Sejak Fana sound diorang barulah diaorang nak buat keja. Haaa. Garang tak Fana? Muahaha.

Hemm. Dah tak update dah lepas ni. Nanti kalau dapat online baru update blog. Anyway, doakan Fana selamat sampai dekat bumi bertuah, Jengka. Kampus Khazanah Alam. Haaa. Memang banyak khazanah alam nyaaaa. HAHA. Semoga kita bersua lagi di lain episode. Bhaha. Byeee. Assalamualaikum..

*cincin tu baru beli masa pegi keyyel. Siapa lah nak bagi aku cincin? Terpaksalah beli sendiri
Much of Love,
FARHANA